Tuesday 29 November 2011


Dalam kehidupan seharian sebagai pelajar sekolah mahupun mahasiswa,kita sememangnya tidak dapat mengelak daripada penggunaan internet malahan ia merupakan suatu kewajipan bagi penuntut di institut pengajian tinggi. Internet dijadikan tempat untuk merujuk pelbagai berita atau bahan bacaan. Dengan adanya internet, mudah untuk para pelajar merujuk dan mencari pelbagai sumber untuk bacaan mereka.
Kini, melalui penggunaan internet pelajar boleh terus mengakses bahan rujukan seperti penggunaan ebook atau lebih dikenali oleh pelajar sebagai 'Google Book'. Sebagai pelajar, kita merasakan penggunaan ebook sangat mudah kerana kita tidak perlu pergi ke perpustakaan untuk mencari rujukan. Dengan hanya menaip judul buku atau isu berkaitan, dalam hanya beberapa saat kita terus mendapat maklumat daripada buku tersebut. Itulah kuasa penggunaan internet dan 'google book', hanya di hujung jari kita mendapat maklumat.
Walau bagaimanapun, masih terdapat sedikit kekangan dalam penggunaan ebook kerana kadangkala kita tidak mendapat semuanya di dalam buku tersebut kerana ia hanya memberikan kaitan dengan apa yang diinginkan. Hal ini kerana masih ada batasan terhadap apa yang dipamerkan dalam buku tersebut.
 Tambahan lagi, kadangkala sukar mendapat rujukan penulis tersebut. Walaupun begitu, penggunaan ebook dalam kalangan pelajar masih meluas dan hal ini meyebabkan jumlah pengunjung di perpustakaan semakin berkurang. Walhal, perpustakaan pada dahulunya merupakan tempat yang menjadi tumpuan untuk mencari bahan rujukan. Oleh itu, para pelajar seharusnya tahu akan kebaikan dan keburukan penggunaan ebook. Hal ini kerana, walaupun penggunaanya mudah namun, pembacaan terus daripada perpustakaan juga mempunyai kebaikan. Apakah pandangan anda?

By: Nor Ruhil Abdul Rasid
A128123
Ansos

;;