Tuesday 29 November 2011


Dalam kehidupan seharian sebagai pelajar sekolah mahupun mahasiswa,kita sememangnya tidak dapat mengelak daripada penggunaan internet malahan ia merupakan suatu kewajipan bagi penuntut di institut pengajian tinggi. Internet dijadikan tempat untuk merujuk pelbagai berita atau bahan bacaan. Dengan adanya internet, mudah untuk para pelajar merujuk dan mencari pelbagai sumber untuk bacaan mereka.
Kini, melalui penggunaan internet pelajar boleh terus mengakses bahan rujukan seperti penggunaan ebook atau lebih dikenali oleh pelajar sebagai 'Google Book'. Sebagai pelajar, kita merasakan penggunaan ebook sangat mudah kerana kita tidak perlu pergi ke perpustakaan untuk mencari rujukan. Dengan hanya menaip judul buku atau isu berkaitan, dalam hanya beberapa saat kita terus mendapat maklumat daripada buku tersebut. Itulah kuasa penggunaan internet dan 'google book', hanya di hujung jari kita mendapat maklumat.
Walau bagaimanapun, masih terdapat sedikit kekangan dalam penggunaan ebook kerana kadangkala kita tidak mendapat semuanya di dalam buku tersebut kerana ia hanya memberikan kaitan dengan apa yang diinginkan. Hal ini kerana masih ada batasan terhadap apa yang dipamerkan dalam buku tersebut.
 Tambahan lagi, kadangkala sukar mendapat rujukan penulis tersebut. Walaupun begitu, penggunaan ebook dalam kalangan pelajar masih meluas dan hal ini meyebabkan jumlah pengunjung di perpustakaan semakin berkurang. Walhal, perpustakaan pada dahulunya merupakan tempat yang menjadi tumpuan untuk mencari bahan rujukan. Oleh itu, para pelajar seharusnya tahu akan kebaikan dan keburukan penggunaan ebook. Hal ini kerana, walaupun penggunaanya mudah namun, pembacaan terus daripada perpustakaan juga mempunyai kebaikan. Apakah pandangan anda?

By: Nor Ruhil Abdul Rasid
A128123
Ansos

6 Comments:

  1. Siti Nor Ainu binti Lasi (A128529) said...
    Menurut pendapat saya, kedua-dua sumber pencarian ilmu seperti melalui rangkaian internet dan perpustakaan merupakan kaedah yang amat baik dalam usaha untuk menambahkan lagi ilmu pengetahuan. Dalam dunia yang serba moden ini, kebanyakan pelajar, dan mahasiswa sendiri banyak menggunakan kaedah pencarian ilmu melalui internet berbanding pergi sendiri ke perpustakaan. Ini kerana,Kadang kala, buku yang ingin dipinjam diperpustakaan sudah dipinjam oleh orang lain. Tetapi melalui internet, kita boleh membaca terus buku yang ingin dibaca tanpa perlu dipinjam. Namun begitu, bukan semua buku boleh didapati melalui kaedah ebook ini, dan disebabkan itulah, kita masih perlu ke perpustakaan... Kedua-dua kaedah ini masing-masing mempunyai fungsinya yang tersendiri dan kita perlulah bijak menggunakannya.

    SITI NOR AINU BT LASI
    A128529
    ANTROPOLOGI & SOSIOLOGI
    narinjit said...
    Teknologi sekarang melalui internet telah banyak menolong manusia dari segi menjimatkan kos mahupun dari segi mencari pelbagai ilmu. Antaranya kewujudan ebook yang telah banyak memberi faedah kepada pelajar mahupun bukan pelajar.

    Antara kebaikan ebook ialah dapat menarik minat pelajar untuk belajar. Pengunaan ebook melalui internet merupakan satu cara yang amat berkesan dimana seseorang itu boleh membaca buku secara online serta melayari internet untuk pelbagai tujuan lain. Keadaan seperti ini akan menyebabkan pelajar lebih berminat untuk belajar banding dengan ke perpusatakaan yang mungkin menyebabkan pelajar tidak mampu untuk ke sana.

    Selain itu, menerusi ebook pelajar boleh menjimat kos iaitu membaca menerusi online dan tidak perlu membeli buku tersebut jika bolehh diperoleh menerusi ebook.

    Pada pendapat saya pengunaan ebook harus dimanfaatkan oleh semua pelajar dan bukan pelajjar kerana ada pelbagai faedahnya.

    Narinjit Singh a/l Ranjit Singh
    A128504
    Antropologi & Sosiologi
    ai mei li ( Emylia Binti Jamalludin) said...
    Penggunaan eBook dalam kehidupan masa kini sangat berbaloi dalam hidup pelajar. Hal ini adalah kerana, pelajar boleh mendapatkan maklumat 24 jam sehari. ia memudahkan pelajar khususnya mendapatkan bahan-bahan maklumat di mana-mana sahaja pada bila-bila masa sahaja asalkan mereka mempunyai jaringan internet.

    Selain itu, mungkin kita sering tidak ambil kisah tentang alam sekitar. Tetapi dengan menggunakan eBook, kita telah pun menjaga alam sekitar itu sendiri. tidak ade lagi pokok-pokok yang ditebang untuk membuat kertas. Tambahan pula, penggunaa eBook dapat menjimatkan masa dan tenaga.

    Emylia Binti Jamalludin
    a130898
    ansos
    k2r evolution said...
    MAISARAH JAMALLUDDIN A129390

    saya setuju dengan pendapat anda.. sebenarnya bukan e-book sahaja telah diperkenalkan dalam membantu pelajar mencari maklumat di hujung jari

    springer link,scorpus, google scolar dan science direct merupakan agen pencarian yang sangat popular dikalangan ahli sains untuk mendapat lebih banyak maklumat didalam format PDF.
    GGGE 2123: TEKNOLOGI & INOVASI DALAM PENDIDIKAN said...
    penggunaan teknologi maklumat mampu memberikan kesan baik dan buruk kepada pengguna dan ia bergantung kepada individu itu sendiri. penggunaan e- book dalam kalangan pelajar mampu menarik minat pelajar. selain itu, ia juga sebagai alat sokongan dalam meningkatkan pembelajaran.
    Unknown said...
    Melalui pembelajaran yang berasaskan ebook pelajar dapat mengayakan ilmu yang sudah sedia ada serta dapat mengurangkan kos untuk ke perpustakaan disamping pelajar dapat menggunakannya pada bila-bila masa dan dimana jua mereka berada..

Post a Comment